Home >> Our Blog >> LibreOffice: Perisian Bebas

November 28, 2012


LibreOffice: Perisian Bebas

 

LibreOffice adalah sebuah pakej perisian pejabat yang sama seperti perisian pejabat terkenal yang lain seperti Microsoft Office atau OpenOffice.org yang terdapat untuk pelbagai platform dan bertujuan bagi menghasilkan perisian pejabat yang menyokong format ODF tanpa bergantung kepada sesebuah pembekal dan hak cipta. Nama LibreOffice merupakan gabungan daripada perkataan Libre (bahasa Sepanyol dan Perancis yang bermaksud bebas) dan Office (bahasa Inggeris yang bererti pejabat). Sebagai satu perisian bebas dan percuma, LibreOffice bebas untuk dimuat turun, digunakan, dan diedarkan. LibreOffice merupakan projek pembangunan dari OpenOffice.org sejak tahun 2010 dan sudah diambil alih oleh Oracle. Semua ciri-ciri yang terdapat di OpenOffice juga ada di dalam LibreOffice tetapi ia dibangunkan secara lebih terbuka dan bebas.

 

Keistimewaan:

  • Menyimpan dan membuka dokumen dengan format ODF (Open Document File)
  • Mengeksport dokumen ODF kepada XML.
  • Membuka dokumen *.docx. Docx adalah format dokumen standard untuk perisian Microsoft Office 2007 dan yang terbaru.
  • Menyimpan dokumen dalam format PDF.

libreoffice1.png

Komponen-komponen LibreOffice sama seperti yang terdapat di dalam OpenOffice.org, iaitu:


WRITER

Sebuah perisian pengolah kata dengan fungsi yang hampir sama dan sokongan fail seperti Microsoft Word atau WordPerfect. Writer juga boleh berfungsi sebagai editor What You See Is What You Get (WYSIWYG).


CALC

Sebuah perisian lembaran kerja yang mirip dengan Microsoft Excel atau Lotus 1-2-3. Ia mempunyai beberapa ciri-ciri unik, termasuk sebuah sistem yang secara automatik yang dapat mendefinisikan beberapa elemen grafik sesuai dengan maklumat yang diberikan oleh pengguna. Ia juga masih mempunyai fungsi "Solver", tetapi mempunyai cara kerja yang berbeza dengan fungsi serupa di OpenOffice.org.


IMPRESS

Sebuah perisian persembahan yang sama dengan Powerpoint. Ia boleh dieksport kepada fail SWF, membolehkan ia untuk buka pada mana-mana komputer dengan Adobe Flash. LibreOffice Impress juga mencakupi kesan 3D.


BASE

Sebuah pengurusan program database, seperti Microsoft Access. LibreOffice membolehkan penciptaan dan pengurusan database, penyusunan bentuk dan laporan yang memberikan pengguna mudah akses ke data. Seperti Access, ia boleh digunakan sebagai front-end untuk pelbagai sistem database, termasuk database Access (JET), sumber data ODBC, dan MySQL atau PostgreSQL.


DRAW

Sebuah penyunting grafik vektor dan alatan rajah seperti Microsoft Visio juga ciri-ciri versi awal CorelDRAW. Ia menyediakan penyambung antara bentuk, yang boleh didapati dalam pelbagai jenis garis dan memudahkan membina lukisan seperti carta aliran. Ia juga termasuk ciri-ciri serupa dengan perisian seperti Scribus dan Microsoft Publisher.


MATH

Sebuah perisian yang direka untuk mencipta dan menyunting formula matematik. Terdapat pelbagai variasi XML untuk mecipta formula, sebagaimana yang ditakrifkan dalam spesifikasi OpenDocument. Formula ini boleh dimasukkan ke dokumen yang lain dalam mana-mana komponen LibreOffice.

 

libreoffice2.png

 

Pihak pengasas, The Document Foundation, menerbitkan versi terbaru untuk LibreOffice bagi setiap enam bulan dan selaras dengan jadual Mac / September bagi projek perisian bebas yang lain. Pengasas menyediakan dua versi yang berbeza untuk LibreOffice. Versi yang terbaru adalah untuk pengguna yang mahukan pembangunan perisian terkini manakala versi terdahulu membolehkan pengguna yang lebih mementingkan kestabilan.

Bagi pembangunan perisian, kod sumber LibreOffice adalah dari kod sumber Openoffice.org, tetapi kemudiannya terdapat perubahan dan pembangunan yang cukup relevan kerana OpenOffice telah diambil alih Oracle. Tujuan utama pembangunan LibreOffice adalah:

  • Mengarang semula kod sumber setiap modul dalam LibreOffice.
  • Mengurangkan ciri-ciri LibreOffice yang terlalu terikat pada Java.
  • Penambahbaikan pada susunan fidelity pada Writer dan slideshow fidelity pada Impress.
  • Pertukaran format fail yang terbaik dari perisian office lain.

 

Versi terkini yang dikeluarkan adalah versi LibreOffice 3.6.3 yang telah dikeluarkan pada 1 November 2012. Ciri-ciri baru termasuk:

  • Sokongan untuk skala warna dan bar data pada Calc.
  • Ditambah Word Count ke dalam status bar.
  • Eksport kepada PDF dengan pilihan watermark.
  • 10 laman master baru Impress.
  • Sokongan untuk mengimport Office SmartArt.
  • Import Filter untuk dokumen Corel Draw.

 

Pautan muat turun LibreOffice terkini mengikut sistem, versi dan bahasa boleh didapati di sini.

 

Search Blog
Categories
Archive

MISCELLANEOUS

QUICK INFO